Thursday, December 5, 2013

Sumber Boleh Diperbahruhi dan Sumber Tidak Boleh Diperbahruhi

Sumber yang tidak boleh diperbahruhi ialah sumber-sumber yang tidak dapat digantikan atau tidak boleh diwujudkan semula untuk mengantikan jumlah penggunaan sekarang. Contoh-contoh sumber yang tidak boleh diperbahruhi ialah arang batu, petroleum, gas asli, uranium. Sumber ini mengambil masa yang lama untuk dihasilkan semula oleh itu ia tidak dapat diganti dalam masa yang singkat.
Bahan api fosil yang menjadi sumber tenaga utama di dunia

50% daripada arang batu yang dilombong di U.S. dihantar ke Europe


Manakala sumber yang boleh diperbahruhi pula ialah sumber tenaga yang dapat mengantikan sumber yang telah digunakan dalam masa yang singkat. Sumber-sumber ini dapat diwujudkan semula walaupun telah diguna. Antara contoh-contoh sumber ini ialah angin, tenaga solar,biomass,geothermal dan lain-lain.

penggunaan tenaga solar untuk menghasilkan eletrik

penggunaan angin dalam mengasilkan tenaga

Penggunaan sumber yang tidak boleh diperbahruhi sebenarnya memberi kesan yang negative dari berberapa aspek. Terutamanya ialah pelepasan gas-gas yang berbahaya selepas penggunaan sumber ini. Arang batu adalah salah satu daripada sumber yang melepaskan gas merbahaya ke udara. Arang batu digunakan untuk menjana eletrik dan lain-lain. Ia digunakan secara meluas pada era revolusi perindustrian dan penggunaan nya semakin menurun akibat daripada sumber yang berkurangan.

Bahan api fosil seperti minyak , arang batu dan gas asli , tenaga semula jadi , seperti kuasa hidro dan kuasa solar, dan tenaga nuklear secara kolektif dirujuk sebagai tenaga utama . Penggunaan dunia terhadap sumber-sumber utama ini meningkat secara drastic apabila berlaku peningkatan yang ketara dalam penggunaan minyak. Pada tahun 1965 dunia hanya menggunakan 3.8 billion tan petroleum dan jumlah ini meningkat secara drastic kepada 11.1 billion pada tahun 2007. Ini hampir tiga kali ganda penggunaan pada tahun 1965. Ini menunjukan dunia sangat bergantung terhadap petroleum.

Walaubagaimana pun peningkatan ini tidak menggambarkan peningkatan sahaja. pada tahun 1965 negara-negara maju bertanggung jawab kepada 69% dari jumlah penggunaan tenaga ini namun begitu pada tahun 2007 jumlah ini telah menurun kepada 50% hasil daripada kadar pertumbuhan yang rendah, perubahan dalam struktur ekonomi dan kemajuan dalam teknologi penjimatan tenaga. Sebaliknya negara-negara membangun bertanggung jawab dalam peningkatan ini akibat daripada pertambahan penduduk, ekonomi yang berkembang pesat dan juga sektor industry yang berkembang. Penggunaan tenaga di negara China dan negara Asia dijangka akan terus meningkat.


Jepun merupakan salah satu pengguna tenaga terbesar didunia. Penggunaan tenaga Jepun merupakan keempat terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China dan Rusia, iaitu kira-kira 5% daripada penggunaan tenaga dunia. Jenis-jenis tenaga utama digunakan adalah berbeza antara negara-negara. 84% daripada jumlah penggunaan tenaga di Jepun merupakan bahan api fosil petroleum , arang batu dan gas asli. Daripada jumlah ini, petroleum menyumbang 44% dari keseluruhan jumlah tersebut. Jepun mempunyai sumber tenaga yang minima oleh sebab itu jepun terpaksa bergantung kepada import daripada luar negara. Jumlah tenaga yang diimport masuk ke jepun adalah 96% dari jumlah keseluruhan tenaga di jepun (tidak termasuk tenaga nuclear). Ini adalah yang tertinggi di kalangan negara maju. 

No comments:

Post a Comment