Overpopulation atau lebihan
populasi boleh ditakrikan sebagai :
“Overpopulation is when it’s
population can’t be maintained without rapidly depleting non renewable
resources and without degrading the capacity of the environment to support the
population” (Simon 1990)
“A situation which occurs
when the number of occupants of an area exceeds the ability of that
area to provide for those occupants” (Cassisl 2004)
“Human
overpopulation occurs if the number of people in a group exceeds
the carrying capacity of the region occupied by the group” (Gilland
2008)
Ini
bermaksud lebihan populasi berlaku apabila jumlah penduduk dikawasan tersebut
tidak dapat ditampung oleh kawasan sekitarnya. Sumber yang ada dikawasan
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan asas penduduk kawasan tersebut. perkara
ini berkait langsung dengan jumlah penduduk dan juga jumlah sumber yang
terdapat di muka bumi ini.
Dengan
populasi sebanyak 7.1 billion penduduk pada tahun 2013 di bumi ini akan
menggunakan sumber yang sedia ada untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Pada
tahun 2050 jumlah ini akan meningkat sebanyak 34% kepada 9.2 billion penduduk.
Ini akan meningkatkan jumlah sumber yang akan digunakan untuk memenuhi
keperluan mereka. Jika dilihat dari pemakanan jumlah makanan yang diperlukan
akan meningkat seiring dengan jumlah populasi.
Produk
|
2009
(juta tan)
|
2050
(juta tan)
|
Ikan
|
140
|
240
|
Daging
|
270
|
470
|
Nasi
|
463
|
563
|
Bijirin
|
2,100
|
3,000
|
Sayuran
|
1,189
|
1,789
|
![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Jadual ini menerangkan akan
jumlah makanan yang diperlukan untuk masa sekarang dan juga makanan yang akan
diperlukan pada tahun 2050 dengan populasi dunia pada 9.2 billion. Peningkatan
ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan sumber semula jadi.
Kesan daripada lebihan
populasi boleh diketegori kepada dua iaiti fizikal dan sosial. Kesan fizikal
ialah kesan terhadap guna tanah, kesan terhadap air, kesan terhadap perubahan
iklim dan juga pencemaran. Manakala bagi sosial kesanya ialah dari segi
penganguran, peningkatan kos sara hidup, perperangan dan juga konflik.
Melihat kesan kepada guna
tanah pertambahan populasi akan menyebabkan pertambahan kepada permintaan
makanan. Oleh itu ia akan menyebabkan pertambahan tanah pertanian ataupun
menggunakan tanah pertanian sedia ada secara berlebihan. Ini adalah kerana 99%
daripada makanan bagi penduduk dunia adalah datang daripada darat dan hanya 1%
datang dari laut. Sebanyak 6.5 juta hektar tanah hutan di Indonesia telah
ditukarkan kepada kawasan tanaman kelapa sawit dalam proses memenuhi permintaan
dunia terhadap kelapa sawit. Selain daripada tanah pertanian peningkatan
populasi akan menyebabkan peningkatan permintaan tanah untuk perumahan. Ini
akan menyebabkan kawasan baru diteroka untuk menampung keperluan perumahan
penduduk.
![]() |
Penebangan Hutan Untuk Pembinaan Jalan |
Jika dilihat kepada kesan
pertambahan populasi kepada penggunaan air pula hampir dua per tiga daripada
populasi dunia tidak mempunyai akses untuk air bersih. Dan hampi separuh
daripada populasi dunia tidak mempunyai sistem kumbahan dan perparitan yang
sempurna yang mana akan mengakibatkan pencemaran air. 4,748,472 billion air
digunakan oleh penduduk dunia pada tahun 2013. Daripada jumlah ini sebanyak 70%
digunakan untuk pertanian, 20% untuk industry dan hanya 10% untuk kegunaan
domestic. Setiap tahun penduduk bertambah sebanyak 80 juta yang menyebabkan
pertambahan permintaan terhadap air sebanyak 64 bilion meter padu. Akibat
daripada penyahutanan disebabkan permintaan penduduk untuk rumah dan juga
pertanian ia menyebabkan kemusnahan kawasan tadahan air yang seterusnya akan
menyebabkan pengurangan hujan.
![]() |
70% daripada sumber air digunakan untuk pertanian |
Pertambahan populasi ini
memberi kesan kepada perubahan iklim dunia dimana aktiviti harian manusia
menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dunia. 97 daripada 100 pakar mengatakan
bahawa manusia adalah punca utama kepada pemanasan global. Ini berdasarkan
aktiviti manusia yang membebaskan gas rumah hijau yang menyebabkan peningkatan
suhu dunia yang seterusnya mengakibat kesan-kesan lain seperti pencairan ais di
kutub, ribut dan lain-lain lagi.
![]() |
Pencairan ais di kutub |
Akhir sekali pertambahan
populasi dunia ini memberi kesan yang paling ketara terhadap pencemaran. Setiap manusia di dunia ini menghasilkan
bahan buangan sebanyak 4.3 paun sehari. oleh itu peningkatan dalam jumlah
populasi secara lansung akan menyebabkan pertambahan dalam jumlah sisa pepejal.
Selain itu juga penduduk muka bumi ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang
lain akibat daripada pergerakan mereka tadi mereka menyebabkan penghasilan gas
karbon dioksida yang akan menyebabkan pencemaran udara. Penempatan yang dibina
dikawasan aliran air terutamanya kawasan setinggan akan menyebabkan berlakunya
pencemaran air.
![]() |
Pencemaran akibat sisa pepejal |
Berberapa strategi dapat
diambil dalam mengatasi masalah lebihan populasi dengan cara yang pertama ialah
dengan perancangan keluarga dimana seperti yang diamalkan di singapura dan juga
China dimana one child policy di china dan stop at two di Singapura. Selain itu
juga teori populasi optimum juga boleh diguna pakai dimana dalam polisi ini
mengatakan untuk mengatasi masalah lebihan populasi kita perlu menggunakan
sumber secara cekap dan menggandakan jumlah pengeluaran makanan. Polisi migrasi
yang diamalkan di UK juga dapat mengatasi masalah lebihan populasi dengan
memastikan jumlah mereka yang berhijrah keluar sama dengan mereka yang
berhijrah ke dalam. Dan akhir sekali memberi kesedaran kepada masyarakat akan
kesan lebihan populasi ini supaya mereka turut sama dalam menjayakan
strategi-strategi yang diperkenalkan.
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
ReplyDeleteNama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut