Saturday, November 30, 2013

Analisis Impak Lalu Lintas

Memahami permintaan yang wujud bagi rangkaian pengangkutan masyarakat dengan pembangunan adalah satu elemen penting dalam menilai impak keseluruhan pembangunan. Semua pembangunan akan menjana trafik, dan ia boleh menjana trafik sehingga mewujudkan kesesakan dan untuk memaksa pihak berkepentingan untuk melabur lebih banyak modal ke dalam rangkaian pengangkutan, sama ada dalam bentuk jalan-jalan baru atau penambahbaikan isyarat lalu lintas atau pelebaran lorong. Akibat daripada kesesakan lalu lintas ia akan menyebabkan berberapa  masalah, termasuk kos ekonomi akibat kelewatan masa perjalanan, pencemaran udara dan kemalangan. Apabila sesebuah jalan menjadi sesak maka pemandu mempunyai pilihan untuk menggunakan jalan lain bagi menglakkan kesesakan. Hasilnya menyebabkan analisis impak lalu lintas menjadi salah satu alat perancangan yang berguna dalam merancang sesebuah kawasan dengan melihat kepada permintaan yang bakal wujud akibat daripada sesebuah pembangunan.

Analisis impak lalu lintas ialah satu analisis yang dilakukan untuk melihat kesan pembangunan dikawasan tersebut terhadap rangkaian lalu lintas. Ini adalah kerana setiap pembangunan akan meningkkatkan aliran trafik di sesebuah kawasan. Dengan analisis impak lalu lintas ia dapat membantu dalam:

  • ·  Menjangka jumlah lalu lintas yang akan bertambah akibat sesebuah pembangunan berdasarkan kaedah tertentu.

  • ·         Menetukan pemnambahbaikan yang diperlukan untuk menampung lalulintas akibat dari pembagunan baru.

  • ·         Membantu komuniti dalam proses membuat keputusan guna tanah.
  • ·  Membantu dalam mengagihkan sumber ke kawasan yang memerlukan penambahbaikan.

  • ·        Dapat mengenalpasti masalah dari perigkat awal dan membolehkan pemaju mencari jalan penyelesaian untuk masalah itu.

  • ·  Membolehkan komuniti tahu akan kesan pertambahan lalu lintas akibat daripada sesebuah pembagunan.

  • ·         Memastikan aliran lalu lintas yang selamat selepas pembagunan selesai.



Analisis impak lalu lintas merupakan satu analisis yang sangat membantu dalam proses menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang efektif dan selesa. Dengan adanya analisis impak lalu lintas ini maka setiap pembagunan yang dijalankan dapat membuat persedian bagi menangani masalah lalu lintas yag akan wujud selepas pembangunan tersebut selesai. Jika dilihat di Malaysia kebanyakan kerajaan tempatan telah mewajibkan pemaju untuk menyediakan laporan analisis impak lalu lintas semasa permohonan kebenaran merancang. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa rangkaian pengangkutan berkembang sejajar dengan pembangunan di sekelilingnya.

No comments:

Post a Comment