Pemanasan global ialah
kenaikan suhu purata permukaan bumi di sebabkan oleh suhu yang masuk kedalam
permukaan bumi tidak dapat keluar akibat daripada kesan-kesan gas rumah hijau
yang menghalang ia daripada keluar. Oleh sebab itu suhu permukaan bumi semakin
panas akibat daripada suhu yang tidak dapat dipantulkan kembali. Gas-gas rumah
hijau ini dihasilkan melalui aktiviti harian manusia seperti penghasilan gas
karbon dioksida dari pembakaran bahan api fosil serta kegiatan industry.
![]() |
Pelepasan gas karbon dioksida oleh industri |
Hasil daripada kajian pakar
mengatakan bahawa suhu permukaan bumi telah meningkat sebanyak 0.6 darjah
celcius berbanding pada abad ke 19 dan suhu ini dijangka naik sehingga 4 darjah
celcius pada abad ke 21. Ini dikatakan berpunca daripada aktiviti manusia
sendiri apabila perubahan ini dapat dilihat selepas kemajuan umat manusia
memasuki revolusi perindustrian. Pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan
ke atmosfera menyebabkan gas-gas ini membentuk satu lapisan selimut besar yang
mana ia bertindak memerangkap haba dengan memantulkan kembali haba yang
dipantulkan keluar ke permukaan bumi. Selain daripada itu penyahutanan juga
menjadi salah satu punca kenaikan suhu dunia apabila hutan ditebang maka karbon
dioksida yang dilepaskan tidak dapat ditukarkan kepada oksigen kerana umum
diketahui bahawa tumbuhan hijau menukarkan karbon dioksida kepada oksigen.
![]() |
Pemusnahan hutan menyumbang kepada pemanasan global |
Selain daripada gas karbon
dioksida terdapat pelbagai jenis gas-gas rumah hijau yang lain seperti methane,
nitrus oksida yang menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Penggunaan
aerosol tidak menyebabkan berlakunya pemantulan haba akan tetapi ia menyebabkan
berlakunya penipisan ozon apabila penggunaannya melepaskan gas CFC yang ia
apabila tiba di lapisan ozon ia akan menguraikan molekul-molekul ozon yang akan
menyebabkan ia menjadi leboh nipis.
![]() |
lakaran bagaimana CFC menyebabkan penipisan ozon |
Lapisan ozon pada dasarnya
merupakan satu lapisan yang bertindak untuk mengurangkan kemasukan sinaran
matahari ke permukaan bumi. Ia bertindak sebagai penapis uv semula jadi untuk
permukaan bumi. Dengan penipisan lapisan ini maka sinaran matahari yang masuk
lebih banyak dan apabila semakin banyak sinaran matahari yang masuk maka
semakin panas permukaan bumi. Gabungan antara penipisan lapisan ozon dan juga
kesan gas rumah hijau menjadi satu kombinasi yang cukut kuat dalam meningkatkan
suhu permukaan bumi. Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak sinaran
matahari/haba masuk dan kesan gas rumah hijau menyebabkan haba yang dilepaskan
keluar sedikit.
![]() |
kesan rumah hijau |
Kesan yang paling ketara
akibat daripada pemanasan global ini adalah pencairan ais di kutub. Peningkatan
suhu permukaan bumi menyebabkan ais-ais di kawasan kutub mencair dan seterusnya
mengalir ke dalam laut. Pencairan ais ini seterunya akan menyebabkan berlakunya
peningkatan paras air laut yang akan menyebabakan kawasan-kawasan yang berada
dibawah paras laut ketika kenaikan itu akan tenggelam. Selain itu juga
peningkatan suhu dan juga aliran masuk ais ini akan mengubah suhu permukaan
laut yang seterusnya akan memberi kesan kepada arah laluan angin. Ini adalah
pergerakkan angin sangat bergantung kepada suhu dimana angin bergerak daripada
kawasan yang bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi. Ini dalam skala besar boleh menyebabkan
berlakunya ribut taufan dengan kerap.
![]() |
Pencairan ais di Greenland |
Terdapat berberapa cara untuk
mengatasi masalah pemanasan global ini iaitu dengan mengurangkan jumlah
penghasilan gas rumah hijau terutamanya gas karbos dioksida ini dapat dilakukan
denganmenggunakan teknilogi-teknologi hijau seperti kenderaan yang menggunakan
tenaga eletrik. Mengurangkan penebangan hutan dan memperbanyakan penanaman
pokok untuk mengurangkan jumlah karbon dioksida yang sedia ada. Selain itu
mengharamkan penggunaan gas CFC bagi semua jenis industry bagi memastikan
lapisan ozon tidak lagi menipis.
No comments:
Post a Comment