Penyertaan awam merupakan
satu prinsip atau amalan politik, dan boleh juga dtakrifkan sebgai penglibatan
orang awam yang akan menerima kesan daripada keputusan yang bakal dibuat
terhadap keputusan yang akan dibuat. ia juga dikenali sebagai hak bagi orang awam
untuk menyertai sesuatu proses membuat keptusan. Penyertaan awam boleh
digunakan silih berganti dengan konsep atau amalan penglibatan pihak
berkepentingan.
Penyertaan awam pada dasarnya
bertujuan untuk memudahkan penglibatan mereka dipengaruhi oleh atau berminat
untuk terlibat dalam proses membuat keputusan. Prinsip penyertaan awam
berpendapat bahawa orang-orang yang terjejas oleh keputusan yang mempunyai hak
untuk terlibat dalam proses membuat keputusan. Penyertaan awam menyatakan
bahawa sumbangan orang ramai akan mempengaruhi keputusan itu dengan cara yang
lebih baik.
Dengan campur tangan orang
awam dalam proses membuat keputusan maka keptusan yang dibuat adalah lebih baik
jika dibandingkan dengan keputusan yang dibuat tanpa melibatkan orang awam. Ini
adalah kerana keputusan yang dibuat oleh orang awam adalah lebih baik kerana
mereka leboh memahami masalah yang sebenarnya berlaku di kawasan tersebut.
mereka lebih memahami kawasan tersebut dan juga tahu apa yang terbaik bagi
kawasan tersebut.
Jika dilihat dalam konteks
Malaysia, terutamanya Jabatan Perancang Bandar dan Desa mengamalkan konsep
penyertaan awam di dalam pelan-pelan induk yang dirancang. Setiap pelan induk
yang dirancang seperti Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas perlu malalui
proses pendengaran awam dimana peluang dibuka bagi penduduk dikawasan itu untuk
membuat bantahan terhadap perancangan yang telah dijalankan. Bukan itu sahaja
malah ketika proses menyediakan pelan induk ini pihak perunding akan membuat
perbincangan dengan penduduk setempat yang dipanggil proses perbincangan
kumpulan focus atau focus group discussion (FGD). Dengan proses ini pihak
perunding dapat mengetahui masalah akar umbi dan juga keperluan penduduk yang
sebenar sebelum membuat perancangan. Ini dapat mengelakkan fenomena “Planner Jiwa-Jiwa” yang mana merancang
tanpa melihat keperluan dan kehendak penduduk dikawasan tersebut, akibatnya
wujudlah kemudahan yang tidak digunakan.
![]() |
Contoh penyertaan awam di Malaysia |
Oleh itu penyertaan awam ini
adalah sangat penting kerana ia dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cekap
da efektif serta ia dapat mengelakkan pembaziran apabila pembagunan yang
dirancang tidak digunakan. Namun begitu sambutan di Malaysia masih lagi di
tahap yang tidak memuaskan akibat kurang kesedaran oleh rakyat Malaysia akan
kepentingan penyertaan awam ini. Oleh itu pihak yang berkenaan perlu mewujudkan
kesedaran kepada rakyat Malaysia terhadap kepentingan penyertaan awam ini.
No comments:
Post a Comment