Thursday, November 14, 2013

Tadbir Urus Bandar dan Pengurusan

Konsep "tadbir urus" bukanlah sesuatu yang baru diperkenalkan akan tetapi Ia sudah lama sama  seperti tamadun manusia. Secara ringkas "tadbir urus" boleh ditakrifkan sebagai: proses membuat keputusan dan proses di mana keputusan yang dilaksanakan atau tidak dilaksanakan. Tadbir Urus boleh digunakan dalam beberapa konteks seperti tadbir urus korporat, tadbir urus antarabangsa, tadbir urus negara dan tadbir urus tempatan.

Kerajaan merupakan salah satu pelakon dalam tadbir urus. Selain daripada kerajaan mereka yang telibat dalam tadbir urus ini berbeza mengikut tahap perkara itu dibincangkan. Contohnya jika di kawasan luar bandar maka mereka yang terlibat ialah petani-petani yang berpengaruh, tuan tanah badan bukan kerajaan parti politik dan lain- lain. Namum begitu mereka yang terlibat dalam tadbir urus di kawasan bandar adalah lebih kompleks. Sekiranya di peringkat antarabangsa mereka yang terlibat dengan tadbir urus adalah media, syarikat multinasional, penderma antarabangsa dan lain lain. Secara umumnya mereka yang terlibat dengan tadbir urus ini ialah mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan keputusan yang dibuat dapat mempengahruhi keadaan di kawasan tersebut.

Jika dilihat tadbir urus merupakan satu elemen yang sangat penting dalam memastikan kejayaan sesebuah kawasan. Bagi tadbir urus di kawasan bandar terdapat berberapa elemen yang penting yang perlu di titik beratkan supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

Yang pertama sekali ialah bertanggungjawab (Accountable) dimana pihak yang membuat kepeutusan iaitu kerajaan tempatan perlu bertanggungjawab dengan setiap keputsan yang dibuat. Yang kedua ialah telus (Transparent) kerajaan tempatan perlu telus dalam membuat keputusan dimana tiada agenda tersembunyi daam setiap keputusan yang dibuat. Yang ketiga ialah bertindakbalas (Responsive) kerajaan tempatan perlu bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku ataupun apa-apa situasi yang wujud yang boleh memberi kesan kepada bandar tersebut. Yang keempat ialah saksama dan menyeluruh (Equitable and Inclusive) ini bermaksud keputusan yang dibuat oleh kerajaat tempatan perlu memikirkan semua penduduk dikawasan tersebut dan tidak hanya mengutamakan sesetengah golongan sahaja. Yang kelima cekap dan efektif (Efective and Efficient) kerajaan tempatan perlu memastikan kerja-kerja yang dijalanakn oleh mereka cekap dan juga efektif dalam memastikan sasaran tercapai dan juga mengurangkan pembaziran. Yang keenam ialah mengikut undang-undang (Follow the Rule of Law) setiap keputusan atau tindakan yang dibuat msti mengikut undang-undang agar ia tidak dipersoal dan juga memastikan tiada penindasan dan juga penyelewengan. Yang ketujuh ialah penglibatan  ( Participatory ) kesemua lapisan masyarakat daripada golongan bawahan hinggalah golongan atasan perlu terlibat dalam menjayakan tadbir urus yang bagus. Dan yang terakhir sekali ialah berdasarkan persepakatan (Concensus Oriented )dimana keputusan atau dasar yang dijalankan adalah berdasarkan persepakatan antara semua yang terlibat dalam memastikan semua memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Konsep tadbir urus ini sangat berguna sekiranya ia diaplikasikan dengan sebaiknya oleh setiap agensi yang terlibat terutamanya kerajaan tempatan dalam memastikan kejayaan sesebuah bandar. Pengurusan normal dalam kerajaan tempatan di Malaysia ini boleh digambarkan sebgai kurang memuaskan dimana jika dilihat kepada hasilnya ia kurang memberansangkan oleh itu konsep Tadbir Urus ini perlu diaplikasikan oleh setiap kerajaan tempatan dan juga kerajaan di peringkat negeri dan juga persekutuan.

Konsep "Tadbir Urus" yang baik



No comments:

Post a Comment