Sunday, October 27, 2013

Rekabentuk Universal

Rekabentuk universal pada dasarnya merupakan satu konsep dimana sesebuah bangunan yang direka boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira keupayaan orang tersebut. ini bermaksud semua orang dapat menggunakan bangunan tersebut dengan kadar yang sama tanpa mengira keadaan fizikal seseorang. Atau dengan kata yang lebih mudah ia merupakan satu konsep reka bentuk bangunan yang membolehkan orang kelainan upaya menggunakan bangunan tersebut sama seperti orang biasa.

Konsep ini diperkenalkan oleh arkitek Ronald L. Mace dimana beliau mengatakan bahawa sesebuah bangunan perlu direka dengan nilai estatik dan juga mempunyai tahap kepenggunaan yang sangat tinggi kepada semua pengguna tanpa mengira umur, jantina dan keupayaan mereka.

Menurut center of universal design di university of Carolina terdapat 6 prinsip dalam menjadikan sesebuah rekabentuk itu rekabentuk universal iaitu:
1. Mempunyai kesaksamaan dalam penggunaan. Semua orang boleh   menggunakannya.
2.      Rekaan adalah fleksibel dimana ia boleh diubah mengikut keupayaan seseorang
3.      Rekaan perlulah ringkas dan memberi informasi yang tinggi kepada pengguna.
4.      Rekaan perlu memberikan informasi yang jelas/ dapat dilihat.
5.      Rekaan perlu memberi ruang kepada kesilapan.

6.      Rekaan perlu mempunyai penggunaan fizikal yang minimum.
    
     Rekaan sebegini sangat diperlukan pada masa sekarang dimana ia dapat memberi peluang kepada semua golongan untuk menikmati setiap ruang dalam sesebuah bangunan tanpa mengira siapa mereka. di Malaysia jika dilihat semakin banyak bangunan yang cuba dijadikan universal dari segi reka bentuknya supaya lebih ramai orang dapat menggunakan bangunan tersebut secara maksimum.

   contoh rekaan universal






contoh rekaan yang tidak mempunyai ciri-ciri unversal :





No comments:

Post a Comment