Saturday, October 12, 2013

Bandar Kreatif



Sejak tahun 1990 idea-idea bandar kreatif mula muncul dalam strategi memulihkan bandar-bandar yang sudah lama dalam perindustrian ke arah bandar dan perancangan pembangunann ekonomi dalam masyarakat pelbagai saiz yang lebih menumpukan seni dan budaya sebagai satu alat pembangunan. Persembahan, pusat seni visual, perayaan, seni umum, seni bina bangunan, pusat seniman dan pusat budaya komuniti di bangunkan dengan melaburkan wang kedalam elemen ini supaya ia dapat menjadi satu elemen penarik kepada kedatangan pelancong ke kawasan tersebut.( Markusen 2006).

Bandar kreatif adalah bandar-bandar yang memupuk tren baru dalam seni dan budaya dan menggalakan industri inovatif dan kreatif melalui tenaga aktiviti kreatif artis, pencipta dan rakyat biasa (Florida 2005)

Namun begitu dalam menjadikan sesebuah bandar kretif bandar tersebut memerlukan berberapa elemen yang cukup kuat untuk menterjemahkan bandar tersebut kepada bandar kreatif.
1.   Setiap penduduk  perlu terlibat sama dalam aktiviti yang dijalankan dimana penduduk perlu evolve atau berkembang supaya mereka dapat menikmati kehidupan di Bandar tersebut.
2.     Penduduk perlu mempunyai taraf hidup yang tinggi dimana kehidupan harian penduduk itu sendiri dijadikan seni.
3.  Bandar tersebut perlu mempunyai elemen-elemen pendikan dalam menyokong aspek teknologi seperti perpustakaan, pusat R&D, sekolah teknikal selain dari teknologi ia juga perlu institusi yang dapat membangunkan budaya di Bandar tersebut. seperti pusat pembangunan budaya, teater dan lain-lain.
4.  Bandar tersebut perlu mempunyai polisi yang kuat dalam melindungi alam sekitar supaya kawasan warisan dapat dilindungi.
5.    Bandar ini perlu mempunyai ekonomi yang seimbang supaya ia dapat mewujudkan satu keadaan ekonomi yang lestari
6.    Akhir sekali, dari segi pentadbiran awam, Bandar kreatif adalah terdiri daripada dasar bandar bersepadu yang kreatif, dasar kebudayaan bersatu dengan dasar perindustrian dan dasar alam sekitar di bawah pengurusan demokratik kewangan awam.
Ciri-ciri bandar kreatif


Antara contoh-contoh Bandar kreatif :
Bandar Toronto Canada

Bandar Amsterdam



1 comment:

  1. assalam. great information. boleh tak untuk saya tahu dari mana informasi ciri ciri bandar kreatif ini. ini bagi membantu saya dapatkan maklumat tersebut untuk kajian saya
    . terima kasih :)

    ReplyDelete