Monday, October 7, 2013

Penggunaan dan Penghasilan Mampan


"[Sustainable production and consumption is] the use of goods and services that respond to basic needs and bring a better qualify of life, while minimizing the use of natural resources, toxic materials and emissions of waste and pollutants over the life cycle, so as not to jeopardize the needs of future generations."
Symposium: Sustainable Consumption. Oslo, Norway; 19-20 January 1994.

"Sustainable production and consumption involves business, government, communities and households contributing to environmental quality through the efficient production and use of natural resources, the minimization of wastes, and the optimization of products and services."
Edwin G. Falkman,
Waste Management International. Sustainable Production and Consumption: A Business Perspective. WBCSD, n.d.


Konsep Penggunaan dan Penghasilan Mampan

Penggunaan dan penghasilan yang lestari ialah satu konsep yang mengatakan bahawa sesebuah barangan tersebut dihasilkan dengan cara yang memberi kesan kepada alam sekitar dengan kadar yang paling minimum tanpa merosakkan sumber yang ada untuk generasi masa hadapan. Ia bermula daripada peringkat penghasilan dimana daripada sumber bahan mentah itu sendiri.

Sumber bahan mentah digunakan secara berhemah tanpa melakukan pembaziran. Penggunaan sumber ini dirancang dengan teliti agar sumber-sumber ini tidak berkurangan dan sentiasa ada untuk digunakan di masa sekarang dan juga masa hadapan. Sumber-sumber yang boleh diperbahrui tidak digunakan lebih daripada kadar pembahruannya. Selain itu penggantian sumber adalah amat penting contohnya balak yang ditebang ditanam semula supaya sumber tersebut masih wujud utk masyarakat akan datang. Selain itu juga penggunaan helicopter dan juga kabel penarik untuk mengangkut balak keluar juga salah satu cara untuk mengurangkan kerosakan hutan dalam menyediakan jalan darat untuk mengeluarkan balak.

Penggunaan helicopter di U.S.

Selepas itu dalam menghasilkan produk, sumber bahan mentah ini perlu diproses dengan kaedah yang kurang mencemarkan alam sekitar. penggunaan bahan kimia yang tidak membahayakan alam sekitar. pemprosesan yang menggunakan sumber yang minimum adalah yang terbaik sama ada dari segi elektrik mahupun penggunaan air. Ini adalah kerana hampir 70% daripada penggunaan air di dunia ini adalah untuk industry.

Produk yang dihasilkan perlulah di hantar menggunakan kaedah pengangkutan yang memberi kesan karbon yang paling sedikit. Dimana umum diketahui kenderaan antara penyumbang penghasilan karbon dioxide di bumi ini. Penggunaan kenderaan yang tidak menghasilkan jejak karbon adalah yang terbaik seperti eco-van.

Kenderaan Mesra Alam TESCO

Hasil keuntungan yang diperoleh juga perlulah diuruskan dengan baik agar ia memberi keuntungan yang berterusan dan mengelakkan persaingan tidak sihat dan juga kaedah penghasilan produk yang boleh  membahayakan alam sekitar kerana proses penghasilan yang memberikan impak minimum memerlukan kos yang tinggi.

Dalam konsep ini pemasaran perlu dilakukan dengan cara yang mampan dimana kaedah-kaedah yang digunakan tidak memberi kesan mahupun kepada sumber atau alam sekitar. penggunaan cara pemasaran yang mengurangkan penggunaan kertas dan bahan cetak yang lain perlu digunakan dalam memastikan kesan negative yang minimum.

Gaya hidup yang lestari juga perlu dipupuk dalam setiap individu dimana gaya hidup yang tidak membazir menjadi elemen utama dalam konsep ini. Dengan mengelakkan pembaziran maka secara tidak langsung ia dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal.

Dan akhir sekali penggunaan kaedah yang terbaik dalam menguruskan sisa pepejal adalah keutamaan dalam konsep ini. Dimana jika dilihat sisa pepejal memberi pelbagai impak negative kepada alam sekitar terutama daripada segi pencemaran bau, tanah, air dan lain-lain lagi. Kaedah yang dapat mengatasi perkara ini adalah dengan cara menggunakan pengurusan sisa pepejal yang lestari. Contohnya konsep kitar semula. Konsep REuse, REduce, REcycle.  selain itu penggunaan barang biodegradable juga boleh mengurangkan penggunaan ruang untuk sisa pepejal dimana bahan ini mudah dan mengambil masa yang singkat untuk reput. Dengan cara ini penghasilan sisa pepejal dapat dikurangkan.



No comments:

Post a Comment