"[Sustainable production and
consumption is] the use of goods and services that respond to basic needs and
bring a better qualify of life, while minimizing the use of natural resources,
toxic materials and emissions of waste and pollutants over the life cycle, so
as not to jeopardize the needs of future generations."
Symposium: Sustainable Consumption. Oslo, Norway; 19-20 January 1994.
"Sustainable production and
consumption involves business, government, communities and households
contributing to environmental quality through the efficient production and use
of natural resources, the minimization of wastes, and the optimization of
products and services."
Edwin G. Falkman,
Waste Management International. Sustainable Production and Consumption: A
Business Perspective. WBCSD, n.d.
 |
Konsep Penggunaan dan Penghasilan Mampan |
Penggunaan dan penghasilan
yang lestari ialah satu konsep yang mengatakan bahawa sesebuah barangan
tersebut dihasilkan dengan cara yang memberi kesan kepada alam sekitar dengan
kadar yang paling minimum tanpa merosakkan sumber yang ada untuk generasi masa
hadapan. Ia bermula daripada peringkat penghasilan dimana daripada sumber bahan
mentah itu sendiri.
Sumber bahan mentah digunakan
secara berhemah tanpa melakukan pembaziran. Penggunaan sumber ini dirancang
dengan teliti agar sumber-sumber ini tidak berkurangan dan sentiasa ada untuk
digunakan di masa sekarang dan juga masa hadapan. Sumber-sumber yang boleh
diperbahrui tidak digunakan lebih daripada kadar pembahruannya. Selain itu
penggantian sumber adalah amat penting contohnya balak yang ditebang ditanam
semula supaya sumber tersebut masih wujud utk masyarakat akan datang. Selain
itu juga penggunaan helicopter dan juga kabel penarik untuk mengangkut balak
keluar juga salah satu cara untuk mengurangkan kerosakan hutan dalam menyediakan
jalan darat untuk mengeluarkan balak.
 |
Penggunaan helicopter di U.S. |
Selepas itu dalam
menghasilkan produk, sumber bahan mentah ini perlu diproses dengan kaedah yang
kurang mencemarkan alam sekitar. penggunaan bahan kimia yang tidak membahayakan
alam sekitar. pemprosesan yang menggunakan sumber yang minimum adalah yang
terbaik sama ada dari segi elektrik mahupun penggunaan air. Ini adalah kerana
hampir 70% daripada penggunaan air di dunia ini adalah untuk industry.
Produk yang dihasilkan
perlulah di hantar menggunakan kaedah pengangkutan yang memberi kesan karbon
yang paling sedikit. Dimana umum diketahui kenderaan antara penyumbang
penghasilan karbon dioxide di bumi ini. Penggunaan kenderaan yang tidak
menghasilkan jejak karbon adalah yang terbaik seperti eco-van.
 |
Kenderaan Mesra Alam TESCO |
Hasil keuntungan yang
diperoleh juga perlulah diuruskan dengan baik agar ia memberi keuntungan yang
berterusan dan mengelakkan persaingan tidak sihat dan juga kaedah penghasilan
produk yang boleh membahayakan alam
sekitar kerana proses penghasilan yang memberikan impak minimum memerlukan kos
yang tinggi.
Dalam konsep ini pemasaran
perlu dilakukan dengan cara yang mampan dimana kaedah-kaedah yang digunakan
tidak memberi kesan mahupun kepada sumber atau alam sekitar. penggunaan cara
pemasaran yang mengurangkan penggunaan kertas dan bahan cetak yang lain perlu
digunakan dalam memastikan kesan negative yang minimum.
Gaya hidup yang lestari juga
perlu dipupuk dalam setiap individu dimana gaya hidup yang tidak membazir
menjadi elemen utama dalam konsep ini. Dengan mengelakkan pembaziran maka
secara tidak langsung ia dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal.
Dan akhir sekali penggunaan
kaedah yang terbaik dalam menguruskan sisa pepejal adalah keutamaan dalam konsep
ini. Dimana jika dilihat sisa pepejal memberi pelbagai impak negative kepada
alam sekitar terutama daripada segi pencemaran bau, tanah, air dan lain-lain
lagi. Kaedah yang dapat mengatasi perkara ini adalah dengan cara menggunakan
pengurusan sisa pepejal yang lestari. Contohnya konsep kitar semula. Konsep REuse,
REduce, REcycle. selain itu
penggunaan barang biodegradable juga boleh mengurangkan penggunaan ruang untuk
sisa pepejal dimana bahan ini mudah dan mengambil masa yang singkat untuk
reput. Dengan cara ini penghasilan sisa pepejal dapat dikurangkan.