Friday, December 27, 2013

Slide Pembentangan Seminar Paper

Disini terdapat slide pembentangan kami untuk seminar paper dengan bertajukkan "Impact Of Overpopulation On Resources"


MUKA DEPAN

SLIDE PERTAMA

SLIDE KE -2

SLIDE KE-3

SLIDE KE-4

SLIDE KE-5

SLIDE KE-6

SLIDE KE-7

SLIDE KE-8

SLIDE KE-9

SLIDE KE-10

SLIDE KE-11

SLIDE KE-12

SLIDE KE-13

SLIDE KE-14
(Harap Maaf  bagi kualiti gambar yang kurang jelas. bagi mereka yang inginkan slide pembentangan ini dalam format .PPT anda boleh memohon dengan cera menghantar email ke alamat cdex89@yahoo.com sekian)

Monday, December 23, 2013

Pemanasan Global

Pemanasan global ialah kenaikan suhu purata permukaan bumi di sebabkan oleh suhu yang masuk kedalam permukaan bumi tidak dapat keluar akibat daripada kesan-kesan gas rumah hijau yang menghalang ia daripada keluar. Oleh sebab itu suhu permukaan bumi semakin panas akibat daripada suhu yang tidak dapat dipantulkan kembali. Gas-gas rumah hijau ini dihasilkan melalui aktiviti harian manusia seperti penghasilan gas karbon dioksida dari pembakaran bahan api fosil serta kegiatan industry.

Pelepasan gas karbon dioksida oleh industri

Hasil daripada kajian pakar mengatakan bahawa suhu permukaan bumi telah meningkat sebanyak 0.6 darjah celcius berbanding pada abad ke 19 dan suhu ini dijangka naik sehingga 4 darjah celcius pada abad ke 21. Ini dikatakan berpunca daripada aktiviti manusia sendiri apabila perubahan ini dapat dilihat selepas kemajuan umat manusia memasuki revolusi perindustrian. Pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan ke atmosfera menyebabkan gas-gas ini membentuk satu lapisan selimut besar yang mana ia bertindak memerangkap haba dengan memantulkan kembali haba yang dipantulkan keluar ke permukaan bumi. Selain daripada itu penyahutanan juga menjadi salah satu punca kenaikan suhu dunia apabila hutan ditebang maka karbon dioksida yang dilepaskan tidak dapat ditukarkan kepada oksigen kerana umum diketahui bahawa tumbuhan hijau menukarkan karbon dioksida kepada oksigen.

Pemusnahan hutan menyumbang kepada pemanasan global

Selain daripada gas karbon dioksida terdapat pelbagai jenis gas-gas rumah hijau yang lain seperti methane, nitrus oksida yang menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Penggunaan aerosol tidak menyebabkan berlakunya pemantulan haba akan tetapi ia menyebabkan berlakunya penipisan ozon apabila penggunaannya melepaskan gas CFC yang ia apabila tiba di lapisan ozon ia akan menguraikan molekul-molekul ozon yang akan menyebabkan ia menjadi leboh nipis.

lakaran bagaimana CFC menyebabkan penipisan ozon

Lapisan ozon pada dasarnya merupakan satu lapisan yang bertindak untuk mengurangkan kemasukan sinaran matahari ke permukaan bumi. Ia bertindak sebagai penapis uv semula jadi untuk permukaan bumi. Dengan penipisan lapisan ini maka sinaran matahari yang masuk lebih banyak dan apabila semakin banyak sinaran matahari yang masuk maka semakin panas permukaan bumi. Gabungan antara penipisan lapisan ozon dan juga kesan gas rumah hijau menjadi satu kombinasi yang cukut kuat dalam meningkatkan suhu permukaan bumi. Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak sinaran matahari/haba masuk dan kesan gas rumah hijau menyebabkan haba yang dilepaskan keluar sedikit.

kesan rumah hijau


Kesan yang paling ketara akibat daripada pemanasan global ini adalah pencairan ais di kutub. Peningkatan suhu permukaan bumi menyebabkan ais-ais di kawasan kutub mencair dan seterusnya mengalir ke dalam laut. Pencairan ais ini seterunya akan menyebabkan berlakunya peningkatan paras air laut yang akan menyebabakan kawasan-kawasan yang berada dibawah paras laut ketika kenaikan itu akan tenggelam. Selain itu juga peningkatan suhu dan juga aliran masuk ais ini akan mengubah suhu permukaan laut yang seterusnya akan memberi kesan kepada arah laluan angin. Ini adalah pergerakkan angin sangat bergantung kepada suhu dimana angin bergerak daripada kawasan yang bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi.  Ini dalam skala besar boleh menyebabkan berlakunya ribut taufan dengan kerap.

Pencairan ais di Greenland



Terdapat berberapa cara untuk mengatasi masalah pemanasan global ini iaitu dengan mengurangkan jumlah penghasilan gas rumah hijau terutamanya gas karbos dioksida ini dapat dilakukan denganmenggunakan teknilogi-teknologi hijau seperti kenderaan yang menggunakan tenaga eletrik. Mengurangkan penebangan hutan dan memperbanyakan penanaman pokok untuk mengurangkan jumlah karbon dioksida yang sedia ada. Selain itu mengharamkan penggunaan gas CFC bagi semua jenis industry bagi memastikan lapisan ozon tidak lagi menipis.

Seminar Paper ( Impact Of Overpopulation On Resources )

Overpopulation atau lebihan populasi boleh ditakrikan sebagai :

“Overpopulation is when it’s population can’t be maintained without rapidly depleting non renewable resources and without degrading the capacity of the environment to support the population” (Simon 1990)

“A situation which occurs when the number of occupants of an area exceeds the ability of that area to provide for those occupants” (Cassisl 2004)

“Human overpopulation occurs if the number of people in a group exceeds the carrying capacity of the region occupied by the group” (Gilland 2008)

Ini bermaksud lebihan populasi berlaku apabila jumlah penduduk dikawasan tersebut tidak dapat ditampung oleh kawasan sekitarnya. Sumber yang ada dikawasan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan asas penduduk kawasan tersebut. perkara ini berkait langsung dengan jumlah penduduk dan juga jumlah sumber yang terdapat di muka bumi ini.

Dengan populasi sebanyak 7.1 billion penduduk pada tahun 2013 di bumi ini akan menggunakan sumber yang sedia ada untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Pada tahun 2050 jumlah ini akan meningkat sebanyak 34% kepada 9.2 billion penduduk. Ini akan meningkatkan jumlah sumber yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan mereka. Jika dilihat dari pemakanan jumlah makanan yang diperlukan akan meningkat seiring dengan jumlah populasi.

Produk  
2009
(juta tan)
2050
(juta tan)
Ikan
140
240
Daging  
270
470
Nasi
463
563
Bijirin
2,100
3,000
Sayuran  
1,189
1,789


Sekadar gambar hiasan


Jadual ini menerangkan akan jumlah makanan yang diperlukan untuk masa sekarang dan juga makanan yang akan diperlukan pada tahun 2050 dengan populasi dunia pada 9.2 billion. Peningkatan ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan sumber semula jadi.

Kesan daripada lebihan populasi boleh diketegori kepada dua iaiti fizikal dan sosial. Kesan fizikal ialah kesan terhadap guna tanah, kesan terhadap air, kesan terhadap perubahan iklim dan juga pencemaran. Manakala bagi sosial kesanya ialah dari segi penganguran, peningkatan kos sara hidup, perperangan dan juga konflik.

Melihat kesan kepada guna tanah pertambahan populasi akan menyebabkan pertambahan kepada permintaan makanan. Oleh itu ia akan menyebabkan pertambahan tanah pertanian ataupun menggunakan tanah pertanian sedia ada secara berlebihan. Ini adalah kerana 99% daripada makanan bagi penduduk dunia adalah datang daripada darat dan hanya 1% datang dari laut. Sebanyak 6.5 juta hektar tanah hutan di Indonesia telah ditukarkan kepada kawasan tanaman kelapa sawit dalam proses memenuhi permintaan dunia terhadap kelapa sawit. Selain daripada tanah pertanian peningkatan populasi akan menyebabkan peningkatan permintaan tanah untuk perumahan. Ini akan menyebabkan kawasan baru diteroka untuk menampung keperluan perumahan penduduk.

Penebangan Hutan Untuk Pembinaan Jalan


Jika dilihat kepada kesan pertambahan populasi kepada penggunaan air pula hampir dua per tiga daripada populasi dunia tidak mempunyai akses untuk air bersih. Dan hampi separuh daripada populasi dunia tidak mempunyai sistem kumbahan dan perparitan yang sempurna yang mana akan mengakibatkan pencemaran air. 4,748,472 billion air digunakan oleh penduduk dunia pada tahun 2013. Daripada jumlah ini sebanyak 70% digunakan untuk pertanian, 20% untuk industry dan hanya 10% untuk kegunaan domestic. Setiap tahun penduduk bertambah sebanyak 80 juta yang menyebabkan pertambahan permintaan terhadap air sebanyak 64 bilion meter padu. Akibat daripada penyahutanan disebabkan permintaan penduduk untuk rumah dan juga pertanian ia menyebabkan kemusnahan kawasan tadahan air yang seterusnya akan menyebabkan pengurangan hujan.

70% daripada sumber air digunakan untuk pertanian


Pertambahan populasi ini memberi kesan kepada perubahan iklim dunia dimana aktiviti harian manusia menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dunia. 97 daripada 100 pakar mengatakan bahawa manusia adalah punca utama kepada pemanasan global. Ini berdasarkan aktiviti manusia yang membebaskan gas rumah hijau yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang seterusnya mengakibat kesan-kesan lain seperti pencairan ais di kutub, ribut dan lain-lain lagi.

Pencairan ais di kutub



Akhir sekali pertambahan populasi dunia ini memberi kesan yang paling ketara terhadap pencemaran.  Setiap manusia di dunia ini menghasilkan bahan buangan sebanyak 4.3 paun sehari. oleh itu peningkatan dalam jumlah populasi secara lansung akan menyebabkan pertambahan dalam jumlah sisa pepejal. Selain itu juga penduduk muka bumi ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain akibat daripada pergerakan mereka tadi mereka menyebabkan penghasilan gas karbon dioksida yang akan menyebabkan pencemaran udara. Penempatan yang dibina dikawasan aliran air terutamanya kawasan setinggan akan menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Pencemaran akibat sisa pepejal


Berberapa strategi dapat diambil dalam mengatasi masalah lebihan populasi dengan cara yang pertama ialah dengan perancangan keluarga dimana seperti yang diamalkan di singapura dan juga China dimana one child policy di china dan stop at two di Singapura. Selain itu juga teori populasi optimum juga boleh diguna pakai dimana dalam polisi ini mengatakan untuk mengatasi masalah lebihan populasi kita perlu menggunakan sumber secara cekap dan menggandakan jumlah pengeluaran makanan. Polisi migrasi yang diamalkan di UK juga dapat mengatasi masalah lebihan populasi dengan memastikan jumlah mereka yang berhijrah keluar sama dengan mereka yang berhijrah ke dalam. Dan akhir sekali memberi kesedaran kepada masyarakat akan kesan lebihan populasi ini supaya mereka turut sama dalam menjayakan strategi-strategi yang diperkenalkan.



Sunday, December 8, 2013

Green Building Index


GBI adalah sistem yang dibangunkan oleh Pertubuhan Akitek Malaysia dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia, pada tahun 2009 yang bertujuan untuk mendidik arkitek, pereka, jurutera dan orang ramai mengenai membina struktur yang mampan. Bangunan ini perlu mempunyai ciri-ciri mesra alam dimana ia mempunyai kesan negatif kepada alam sekitar dengan kadar yang minimum.

Berdasarkan keadaan semasa di dunia ini bangunan yang mesra alam adalah sangat diperlukan dimana jika dilihat bangunan antara pengguna terbesar kepada tenaga eletrik di dunia ini. Dengan meningkatkan kecekapan penggunaan eletrik di bangunan maka penggunaan sumber alam untuk menghasilkan tenaga eletrik dapat dikurangkan.

Menurut laman sesawang GBI (www.greenbuildingindex.org)  Bagi bangunan yang akan dianugerahkan Kedudukan GBI, ia mesti memenuhi enam kriteria utama. Mereka ialah:

• kecekapan tenaga

• Kualiti persekitaran dalaman

• perancangan tapak dan pengurusan mapan

• Bahan-bahan dan sumber-sumber

• kecekapan air

• inovasi
Ciri-ciri Bagunan hijau



Contoh keratan rentas bangunan Hijau

Malaysia dilihat memberi sokongan yang padu dalam menjayakan projek GBI ini dimana akibat daripada keperluan bangunan mesra alam yang semakin meningkat di Malaysia dan juga isu-isu berkaitan alam sekitar yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang drastic dalam menjayakan projek GBI ini.

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan dana RM1.5 bilion untuk menggalakkan lebih banyak projek hijau dan penggunaan teknologi hijau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dalam ucapan Bajet 2010 yang dana akan menawarkan pinjaman mudah kepada syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau. Syarikat pengguna akan menerima pembiayaan maksimum RM10 juta manakala pembekal , RM50 juta.


"Kerajaan akan menanggung 2 % daripada jumlah kadar faedah, " kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib juga menambah bahawa pemilik bangunan akan diberi pengecualian cukai jika mereka mendapatkan GBI dalam 24 Oktober 2009 dan 31 Dis, 2014. Pembeli yang membeli bangunan GBI patuh Syariah dalam tempoh tarikh tersebut juga akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik.

Dengan apa-apa faedah , syarikat-syarikat perlu mengambil kira elemen kehijauan sebagai bangunan mesra alam bukan dari segi pengurangan pelepasan karbon sahaja, tetapi juga mengurangkan kos operasi dalam jangka masa panjang . Juga , daripada menggunakan bahan-bahan baru , bahan-bahan lama boleh dikitar semula untuk membina bangunan , oleh itu, mengurangkan pembaziran ... dan meningkatkan kemampanan Bumi.

Syarikat yang berminat boleh memohon pembiayaan melalui Pusat Teknologi Hijau Negara dan skim itu akan bermula pada 1 Jan, 2010.

Sehingga hari ini, Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air , Kementerian Kewangan dan juga Pusat Tenaga Malaysia masih dalam peringkat memuktamadkan butir-butir dana RM1.5 bilion.

Contoh-contoh bangunan GBI :

Bagunan Suruhanjaya Tenaga

S11 House

Bagunan Perdana

SP Setia HQ

Setia Greens