Friday, September 20, 2013

Trend Demografi

Populasi dunia ialah jumlah manusia yang hidup di muka bumi ini. Menurut United state Census Bureau jumlah populasi di dunia ini pada tahun 2013 dianggarkan sebanyak 7.13 bilion orang. Ini adalah jumlah semua penduduk bumi yang masih hidup ketika tahun 2013. Berdasarkan anggaran yang dibuat penduduk bumi pada tahun 2050 akan meningkat sebanyak 34% daripada jumlah yang ada sekarang iaitu kepada 9.2 billion. Satu jumlah yang agak besar. Jika dilihat daripada segi kadar pertumbuhan, kita akan dapat melihat penurunan dari setiap tahun. Jika dilihat pada tahun 2000 kadar pertumbuhan berada pada  1.22 % dan ia menurun kepada 1.14 % pada tahun 2013. Memang benar kadar pertumbuhan penduduk menurun namun saiz populasi terus berkembang kerana saiz populasi semakin berkembang dari masa ke semasa. Bagi jumlah saiz populasi mengikut negara, Negara China merupakan negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia dengan jumlah populasi sebanyak 1.39 billion pada tahun 2013. Ini diikuti dengan Negara India dimana jumlah popuasinya seramai 1.26 billion pada tahun 2013.

Dalam konteks Malaysia jika dilihat dari segi trend pertumbuhan populasi komposisi penduduk Malaysia telah berubah dari segi kadar kelahiran, umur dan jantina struktur, kematian dan migrasi. Penduduk Malaysia semakin meningkat disebabkan oleh kadar kelahiran meningkat, penurunan kadar kematian dan juga peningkatan bilangan migrasi. Menurut bancian terkini penduduk Malaysia telah meningkat dan mencapai 27.5 juta dalam tahun 2010 berbanding dengan tahun 1990 bahawa hanya 22.1 juta orang. Berdasarkan pertumbuhan penduduk yang berlaku di antara 2000 dan 2010 malaysia kadar pertumbuhan penduduk selama sepuluh tahun adalah pada 2.17 peratus. Nilai ini adalah lebih rendah seperti yang dilihat dari tahun sebelum ini di mana pada tahun 2000 kadar pertumbuhan adalah pada 2.60 peratus dan 2.64 peratus pada tahun 1990. Kadar pertumbuhan penduduk menurun akibat daripada penerimaan keluarga kecil terutamanya masyarakat Bandar.
kepadatan penduduk di Malaysia, Seperti yang kita dapat melihat kepadatan penduduk semakin meningkat seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Pada tahun 1990 kepadatan penduduk hanya pada 53 orang / km dan kemudian ia meningkat kepada 67 orang / km pada tahun 2000, banci terkini mendapati bahawa kepadatan penduduk adalah pada 83 orang / km. Jumlah keseluruhan tidak begitu mengambarkan situasi sebenar kerana ia mengambil kira keseluruhan Malaysia. tetapi jika kita melihat pada kepadatan mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kepadatan penduduk yang paling tinggi iaitu pada 6,696 orang / km diikuti dengan Pulau Pinang dengan 1,451 orang / km dan akhir sekali adalah Sarawak dengan kepadatan 19 orang / km. kepadatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hampir sama kepadatan di Singapura yang dikatakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di dunia, 7,422 orang / km.

jika dilihat daripada kesan pertumbuhan populasi ini, kesan yang paling ketara ialah kepada sumber semula jadi dan juga kesan sosial. Peningkatan populasi menyebabkan penigkatan dalam permintaan makanan dimana pertambahan sebanyak 100 juta tan bagi ikan, 200 juta tan  bagi daging dan makanan yang paling banyak diperlukan ialah bijirin dimana dianggarkan sebanyak 3 billion tan akan digunakan oleh penduduk dunia pada tahun 2050. Penggunaan air bersih juga akan meningkat sebanyak 64 billion meter padu setahun mengikut pertumbuhan penduduk iaitu sebanyak 80 juta setahun.


Pertumbuhan penduduk akan mengingkatkan lagi permintaan terhadap sumber alam dan juga meningkatkan masalah sosial seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah pengangguran dan juga perang. Oleh itu strategi yang bersesuaian perlu diambil bagi memastikan pertumbuhan populasi yang optimum dimana ia tidak melebihi “carrying capacity “ bumi ini.

No comments:

Post a Comment