Friday, September 27, 2013

Alam Sekitar

Alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai persekitran kita. Ia boleh di bahagikan kepada dua iaitu bernyawa dan juga tidak bernyawa. Alam sekitar menyediakan sumber bagi menyokong kehidupan di bumi dan juga membantu pertumbuhan dengan hubungan pertukaran di antara organism hidup dengan kawasan sekitarnya.
Pemuliharaan hidupan liar adalah satu aktiviti melindungi flora dan fauna spesies yang terancam dan habitat mereka. Antara tujuan utama pemuliharaan hidupan liar adalah untuk memastikan alam sekitar masih lagi wujud untuk generasi akan datang supaya mereka dapat  menikmati dan menyedari kepentingan hidupan liar dan hutan belantara kepada manusia. Banyak negara-negara mempunyai agensi kerajaan yang dikhususkan untuk pemuliharaan hidupan liar, yang membantu untuk melaksanakan dasar-dasar yang diwujudkan untuk melindungi hidupan liar. Banyak NGO dan juga badan-badan bukan berasaskn keuntungan menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menggalakan pemuliharaan hidupan liar.
Pemuliharaan hidupan liar menjadi satu amalan yang semakin penting kerana kesan daripada aktiviti manusia ke atas hidupan liar. Aktiviti manusia yang memusnahkan habitat hidupan liar dan juga memburu haiwan menyebabakan berlakunya kepupusan bagi spesis haiwan tersebut. Spesis terancam ditakrifkan sebagai penduduk yang hidup yang di bahaya menjadi pupus kerana beberapa sebab. Sama ada mereka adalah sedikit dari segi  bilangannya atau diancam dengan perubahan alam sekeliling  atau pemangsa.
Antara sebab- sebab utama yang menyebabkan wujudnya aktiviti pemuliharaan ini adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang terlalu rakus dalam memusnahkan alam sekitar untuk memenuhi kehendak dan juga keperluan harian mereka. Keperluan untuk kawasan tempat tinggal menyebabkan manusia membuka kawasan perumahan baru dengan mengondolkan hutan. Oleh kerana populasi manusia yang semakin meningkat keperluan untuk pertanian semakin meningkat maka tanah pertanian dibuka di kawasan hutan. Jika dilihat di Indonesia sebanyak 6.9 juta hektar hutan telah diratakan dan dijadikan kawasan tanaman sawit.
Hutan digondolkan untuk penanaman sawit


Secara umumnya pemuliharaan flora dan fauna ini adalah sangat penting bagi memastikan sumber ini masih boleh dinikmati oleh generasi masa akan datang. Terdapat pelbagai kaedah yang dijalankan dalam menjayakan aktviti ini antarnya ialah, mengazetkan kawasan hutan sebagai hutan simpan, memperkenalkan taman laut dan lain-lain. Antara organisasi yang terkemuka dalam menjayakan aktiviti ini ialah World Wide Fund for Nature (WWF), The Nature Conservancy dan lain-lain.

Friday, September 20, 2013

Trend Demografi

Populasi dunia ialah jumlah manusia yang hidup di muka bumi ini. Menurut United state Census Bureau jumlah populasi di dunia ini pada tahun 2013 dianggarkan sebanyak 7.13 bilion orang. Ini adalah jumlah semua penduduk bumi yang masih hidup ketika tahun 2013. Berdasarkan anggaran yang dibuat penduduk bumi pada tahun 2050 akan meningkat sebanyak 34% daripada jumlah yang ada sekarang iaitu kepada 9.2 billion. Satu jumlah yang agak besar. Jika dilihat daripada segi kadar pertumbuhan, kita akan dapat melihat penurunan dari setiap tahun. Jika dilihat pada tahun 2000 kadar pertumbuhan berada pada  1.22 % dan ia menurun kepada 1.14 % pada tahun 2013. Memang benar kadar pertumbuhan penduduk menurun namun saiz populasi terus berkembang kerana saiz populasi semakin berkembang dari masa ke semasa. Bagi jumlah saiz populasi mengikut negara, Negara China merupakan negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia dengan jumlah populasi sebanyak 1.39 billion pada tahun 2013. Ini diikuti dengan Negara India dimana jumlah popuasinya seramai 1.26 billion pada tahun 2013.

Dalam konteks Malaysia jika dilihat dari segi trend pertumbuhan populasi komposisi penduduk Malaysia telah berubah dari segi kadar kelahiran, umur dan jantina struktur, kematian dan migrasi. Penduduk Malaysia semakin meningkat disebabkan oleh kadar kelahiran meningkat, penurunan kadar kematian dan juga peningkatan bilangan migrasi. Menurut bancian terkini penduduk Malaysia telah meningkat dan mencapai 27.5 juta dalam tahun 2010 berbanding dengan tahun 1990 bahawa hanya 22.1 juta orang. Berdasarkan pertumbuhan penduduk yang berlaku di antara 2000 dan 2010 malaysia kadar pertumbuhan penduduk selama sepuluh tahun adalah pada 2.17 peratus. Nilai ini adalah lebih rendah seperti yang dilihat dari tahun sebelum ini di mana pada tahun 2000 kadar pertumbuhan adalah pada 2.60 peratus dan 2.64 peratus pada tahun 1990. Kadar pertumbuhan penduduk menurun akibat daripada penerimaan keluarga kecil terutamanya masyarakat Bandar.
kepadatan penduduk di Malaysia, Seperti yang kita dapat melihat kepadatan penduduk semakin meningkat seiring dengan peningkatan jumlah penduduk. Pada tahun 1990 kepadatan penduduk hanya pada 53 orang / km dan kemudian ia meningkat kepada 67 orang / km pada tahun 2000, banci terkini mendapati bahawa kepadatan penduduk adalah pada 83 orang / km. Jumlah keseluruhan tidak begitu mengambarkan situasi sebenar kerana ia mengambil kira keseluruhan Malaysia. tetapi jika kita melihat pada kepadatan mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kepadatan penduduk yang paling tinggi iaitu pada 6,696 orang / km diikuti dengan Pulau Pinang dengan 1,451 orang / km dan akhir sekali adalah Sarawak dengan kepadatan 19 orang / km. kepadatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hampir sama kepadatan di Singapura yang dikatakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di dunia, 7,422 orang / km.

jika dilihat daripada kesan pertumbuhan populasi ini, kesan yang paling ketara ialah kepada sumber semula jadi dan juga kesan sosial. Peningkatan populasi menyebabkan penigkatan dalam permintaan makanan dimana pertambahan sebanyak 100 juta tan bagi ikan, 200 juta tan  bagi daging dan makanan yang paling banyak diperlukan ialah bijirin dimana dianggarkan sebanyak 3 billion tan akan digunakan oleh penduduk dunia pada tahun 2050. Penggunaan air bersih juga akan meningkat sebanyak 64 billion meter padu setahun mengikut pertumbuhan penduduk iaitu sebanyak 80 juta setahun.


Pertumbuhan penduduk akan mengingkatkan lagi permintaan terhadap sumber alam dan juga meningkatkan masalah sosial seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah pengangguran dan juga perang. Oleh itu strategi yang bersesuaian perlu diambil bagi memastikan pertumbuhan populasi yang optimum dimana ia tidak melebihi “carrying capacity “ bumi ini.

Sunday, September 15, 2013

Strategi Pembangunan Bandar (Cities Development Strategies (CDS))

Strategi Pembangunan Bandar

Strategi pembangunan Bandar Cities Development Strategies (CDS)  boleh diertikan  sebagai satu proses pembangunan yang berorientasikan tindakan, proses pembangunan yang dibangunkan dan dikekalkan melalui penyertaan, untuk menggalakkan pembangunan yang seimbang di bandar-bandar dan  juga kawasan-kawasan sekitar Bandar untuk memastikan peningkatkan kualiti hidup bagi setiap lapisan masyarakat.

CDS dapat membantu Bandar-bandar mengabungkan pendekatan pembangunan strategic dan perpektif jangka panjang kedalam perancangan Bandar mereka. Dengan wujudnya CDS ia dapat mengingatkan pelabur dan juga pentadbir akan sasaran mereka dan juga langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai sasaran tersebut.

Idea di sebalik konsep CDS ialah keadaan dimana Bandar tersebut berada dalam kedudukan yang baik, masyarakat awam yang menepati masa perancangan, campur tangan antara strategi swasta dan juga masyarakat dapat mengubah hala tuju pembangunan sesebuah Bandar dan juga dapat meningkatkan prestasi pembangunan Bandar tersebut.

Dengan wujudnya CDS sesebuah Bandar akan dibantu dari segi:

Pengagihan sumber dengan strategic – sumber bagi sesebuah Bandar akan diagihkan dengan cara yang paling efektif dimana ia akan memberikan keuntungan maksimum jika digunakan dengan cara tersebut.

Menarik modal dan menggunakan dengan cara berhemah - CDS dapat menarik modal daripada luar dan menggunakan dengan cara yang paling optimum bagi memastikan sasaran yang di sasarkan dapat dicapai.
Memperjelaskan visi untuk masa hadapan – dengan CDS visi sesebuah Bandar akan diperjelas agar ia mudah difahami dan juga mencari jalan yang paling sesuai untuk ia difahami.

Membina hubungan – dengan CDS sesebuah Bandar dapat menwujudkan hunungan antara kerajaan di peringkat persekutuan, pihak swasta dan juga masyarakat setempat dalam mengubah hala tuju pembangunan.

Menjangka situasi mendatang – dengan CDS Bandar dapat menjangka keadaan pasaran yang mengubah risiko pelaburan oleh itu pihak yang bertanggung jawab dapat mengambil tindakan dalam mengatasi masalah ini.

Merancang pertumbuhan – CDS dapat mambantu Bandar menjangka pembangunan fizikal yang diperlukan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan sosial.


Antara Bandar-bandar yang terlibat dengan CDS ialah - Bamako, Mali; Cuenca, Ecuador; Colombo, Sri Lanka; Johannesburg, South Africa; Santo Andre, Brazil; Shenyang, China; Tunis, Tunisia dan wilayah Tasik Victoria, Kampala, Uganda; Kisumu, Kenya; dan Musoma, Tanzania.